Wednesday, December 8, 2010

Produk Pelaburan Terbaru: Amanah Hartanah Bumiputera

Assalamualaikum Semua,

Sekarang kita selalu memikirkan produk kewangan yang menjana pulangan yang setimpal dengan tahap risiko pelaburan serta mematuhi syariah.

Terbaru pihak kerajaan telah bersama maybank berhad telah melancarkan produk seumpama REIT (Real estate Investment Trust) . Untuk makluman REIT telah lama dan pelbagai produk dan memberi pulangan serendah 6 peratus setiap tahun. Tetapi REIT di pasarkan di apungkan di KLSE yang mana prosesnya seumpama pembelian saham biasa. Oleh kerana kerajaan ingin memberi peluang rakyat terlibat dalam pelaburan hartanah maka diwujudkan skim amanah pelaburan hartanah bumiputera ini.

Kelebihan:
a) mematuhi syariah
b) pulangan sekitar 6 peratus
c) pulangan di bayar 2 kali setahun. Contoh 6 bulan 3 peratus dan lagi 6 bulan 3 peratus lagi.
d) dapat membantu ekonomi bumiputera yang tenat
e) berharga tetap rm 1.

Jika tuan / puan berminat berkunjunglah di mana mana maybank berhad untuk membuat pertanyaan lanjut. Produk ini tertakluk kepada 1billlion unit. Produk ini boleh mengantikan ASB jika telah penuh di isi. :)