Monday, April 18, 2011

Saham Bank Rakyat...

Minggu kebelakangan ini sibuk dikalangan rakan - rakan mengenai penambahan saham bank rakyat.. kurang sesiapa perasaan sebuah bank koperasi mampu memberi pulangan dividen yang amat memuaskan ...

Disebabkan itu.. ramailah yang berpusu pusu bila mengetahui bank rakyat menambah bilangan syer dan memberi peluang kepada masyarat untuk menikmati keuntungan walaupun dilimitkan hanya rm 500.


Tetapi adakah tuan / puan mengetahui ada juga bank koperasi yang memberi pulangan yang menarik iaitu bank persatuan.. pulangan dividen 12% dan memberikan manfaat kepada ahlinya..

so belum terlambat untuk mempelbagaikan pelaburan itu.. saya pun akan cuba risik risk mengenai koperasi bank persatuan ini dan maklumkan kembali didalam blog ini.

Thursday, April 14, 2011

Dividen Pertama AHB - Amanah Hartanah Bumiputera

Hari ini bila membuka surat khabar terbaca artikel.. AHB memberi dividen sebanyak 2.17 sen dan dividen akan di kreditkan pada 18 April ini. Tahniah kepada sesiapa yang telah join pelaburan ini..

Sedikit latar belakang AHB;

Dirasmikan oleh perdana menteri malaysia. Unit sebanyak 1 billion telah habis dilanggan dalam masa 3 BULAN SAHAJA.. dan yang paling BEST... Mematuhi SYARIAH.


berita baik:

ada ura - ura untuk menambah unit lagi sebanyak 500 unit.. so bolehlah mengumpul duit mulai sekarang.. so far nampak performance lebih bagus daripada tabung haji..

satu je risiko..

terbaca juga AHB nak tambah portfolio.. harap pihak pengurusan mereka memilih hartanah yang ada orang nak sewa... nanti haru je... jika beli bangunan tenant tiada dan tidak menggunakan dana AHB ini untuk membantu kroni - kroni...

Wednesday, April 13, 2011

Bakal IPO Terhebat tahun ini: MSM ( Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd)

Sudah beberapa hari di ruagan surat khabar mengeluarkan aktikel ini.. berdasarkan maklumat industri penyenaraian IPO ini pasti di tunggu tunggu oleh para pelabur

Sedikit sejarah ringkas syarikat;
MSM ( malayan sugar manufacturing ) sebelum ini dimiliki oleh taikun dan orang kaya nombor 1 Malaysia Robert Kuok menerusi syarikatnya.Robert kuok menjual syarikatnya kepada felda menerusi felda global ventures holdings.

Selepas ini MSM akan menjadi kaunter kegemaran para pelabur.. Harga dan siapa yang menjadi pengendali IPO ini masih misteri tetapi pasti akan mengulangi rekod IPO - IPO GLC sebelum ini.

So... jika mana yang ada duit boleh bersiap sedia untuk memohon IPO yang bakal dikeluarkan ini