Sunday, May 27, 2012

Saham terbaru IHH healtcare Berhad

Assalamualaikum semua,

Saham yang antara di tunggu oleh para pelabur tahun ini ialah IHH healtcare berhad. Syarikat ini di kendalikan oleh khazanah malaysia.

IHH ini mempunyai bisnes di malaysia menerusi hospital pantai dan IMU di malaysia, selain itu ia juga beroperasi  di singapura, india dan terbaru di turki didalam bidang kesihatan.

PIhak Miti malaysia telah membuka permohonan kepada bumiputera yang berminat untuk memohon saham ini. sumber tidak rasmi mengatakan harga bagi saham ini sekitar rm4.00.

Secara peribadi, saham ini sesuai untuk pulangan hebat. sumber dari http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20120527224631/Article/index_html merupakan bukti yang mengesahkan saham ini pasti menarik minat luar.

Thursday, May 24, 2012

Dividen Saham Koperasi Bank Rakyat 2011

Salam sejahtera,

Bank rakyat telah memberikan dividen kali ini. dividen sebanyak 20 peratus dan di pecahkan kepada 15% didalm bentuk tunai dan  5% dalam bentuk saham. pengagihan mengikut pegangan terakhir setiap bulan ( ala ala asb jugak la ni) so dividen kali ini saya dapat kurang but.. kurang kurang pun dividen yang diberi memang menarik..

IPO - GAS MALAYSIA

Assalamualaikum Semua,

Hari ini saya akan berkongsi kepada tuan / puan mengenai salah satu IPO yang ditunggu oleh pada pelabur iaitu GAS MALAYSIA.

Sedikit butiran GAS MALAYSIA:
Harga tawaran: rm2.20
Tarikh tutup: 25 /5/2012 jam 5 petang.

Saham gas malaysia banyak di nilai oleh para stock firm lebih dari nilai rm2.20 so secara pandangan peribadi harga saham ini boleh naik lagi. banyak jugak mengelarkan saham ini sebagai "dividen stock". syarikat yang kurang pinjaman dan banyak simpanan cash pasti syarikat yang menarik untuk semua pelabur saham.

Saham FGVH (felda)

Salam sejahtera semua,

Saham yang bakal mewarnai indeks KLCI tidak lama lagi.Ditawarkan pada harga rm4.65 untuk satu unit saham.

Saham yang pasti menjadi pilihan kepada pelabur yang berminat dalam sektor perladangan. Mungkin keseronokkan saham FGVH ini suram sedikit, disebalik tomahan sesetengah pihak tetapi sebagai pelabur mestilah bijak memilih mana satu pilihan kalbu.

Keputusan saham di MITI untuk bumiputra pun telah ditutup. tunggu option untuk baki pelabur awam pula. Memandangkan harga CPO sawit yang makin menaik, saham ini boleh menjadi pilihan.

Komoditi turun harga - emas turun harga

Salam sejahtera semua,

Kebelakangan ini di perhatikan trend harga komoditi telah turun harga. Harga emas jugak telah mengalami proses pembetulan di mana harga emas telah jatuh. Oleh yang demikian, merupakan saat terbaik untuk kita jika bercadang untuk memulakan pelaburan emas kembali sebelum harganya akan kembali naik.

Paling menarik saya perhatikan, produk maybank "gold passbook" membenarkan emas di beli dengan serendah satu gram... wow... Mari kita mengambil kesempatan ini untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan kita.

Penambahan saham bank rakyat .. yehaaa

Assalamualaikum semua baru baru ini, saya telah menerima surat penambahan saham dividen sebanyak seribu unit dan tanpa membuang masa saya telah pergi ke bank rakyat berdekatan untuk menambah pelaburan. Terima kasih bank rakyat...