Monday, June 18, 2012

IHH IPO - cerita terbaru

Asssalamualaikum Semua,

Berita terbaru yang saya perolehi dari berita sekarang IPO IHH (integrated healtcare holdings) telah mempunyai 20  pelabur terpilih "cornnerstone investor"

Diantara connerstone investor tempatan ialah; tak lain tak bukan EPF,  Usaha Tegas group (kepunyaan orang terkaya T. Ananda Krishnan, Kencana capital sdn bhd (kepunyaan anak Mahathir - Datuk Mokhzani Mahathir dan beberapa pelabur institusi lain) dan belum termasuk pelabur asing.

Daripada berita ini memberi indikator saham IHH memdapat tumpuan yamg lebih menarik dari saham FGV sendiri. sector kesihatan sekarang dilihat sebagai satu bentuk pelaburan yang menguntungkan buat masa sekarang.

Kesimpulan, jgn lupa apply IPO IHH ini kerana berdasarkan para pelabur awal, ia mencerminkan keyakinan terhadap saham IHH ini.

Thursday, June 14, 2012

Tahniah.. mereka yang berjaya dalam IPO Gas Malaysia

Assalamualaikum Semua,

Saham Gas Malaysia (GASMSIA - 5209) telah selamat di senaraikan pada 11 jun yang lepas. Harga penutup pada hari pertama telah menunjukkan peningkatan harga sebanyak lebih dari 20 sen sesaham.

Tahniah kepada para pelabur yang berjaya didalam terbitan IPO Gas Malaysia ini. Di laporkan jugak pada tahun pertama selepas penyenaraian saham ini, hasil keuntungan akan di agihkan kepada para pelabur sebanyak 100 %. Saham ini mestilah satu saham yang di simpan untuk pelaburan jangka panjang oleh para pelabur.