Thursday, September 27, 2012

Saham Astro bakal di senaraikan.....

Assalamualaikum Semua,

Untuk penghujung tahun ini, satu saham yang di tunggu - tunggu untuk di senaraikan semula telah berjaya iaitu astro holding malaysia berhad.

harga tawaran: rm 3.00 seunit.

Untuk makluman, untuk tawaran untuk pelabur institusi telah ditutup dan berita baiknya ia terlebih langganan (bahasa mudah: orang nak beli lagi tapi tak cukup). so ini boleh di jadikan "petanda" saham astro ini akan meningkat harganya ketika di buka di pasaran kelak.

Diantara pelabur institusi ialah PNB.

Tarikh last memohon untuk pelaburan awam ialah 1 Oktober 2012 jam 5 petang. So kepada pelabur yang belum memohon masih sempat membuat tawaran secara online menerusi maybank2u atau cimbclicks.

Mereka yang menggunakan astro secara setia juga di tawaran peruntukkan khas dimana setiap pengguna astro di tawarkan 3000 unit menerusi permohonan borang biru "yang dikatakan akan mempunyai lebih peluang berbanding permohonan biasa.

Saya bersyukur kerana mendapat peruntukkan di bawah MITI. Marilah kita berdoa semoga saham astro ini mendapat harga yang menarik dan kita semua dapat menjana keuntungan menerusinya..

No comments:

Post a Comment